JANUARI 2022

Abg Jo Dan Isteri Hadiri Majlis Penghargaan Old Kuching Smart Heritage (OKSHE)


KUCHING, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani binti Tun Tuanku Haji Bujang menghadiri majlis penghargaan Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) yang berlangsung di BCCK malam tadi.

Majlis yang diadakan ini adalah bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua pihak terutamanya agensi-agensi pelaksana projek dan inisiatif di bawah Old Kuching Smart Heritage , serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha untuk mencapai misi dan visi OKSHE. 

Dalam majlis yang sama, Ketua Menteri turut merasmikan Galeri Warisan Komuniti Sungai Lajem. 

Hadir sama adalah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan Sarawak, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland bin Abang Hipni, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) Datu Dr Sabariah Putit dan beberapa kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku